Di zaman yang moden. Pasti ramai yang akan bersetuju senjata api dapat mengalahkan busur panah yang merupakan senjata tradisional. Namun terdapat beberapa eksperiment yang dijalankan di Amerika Syarikat mengenai kekuatan panah vs senjata api.
Sebelum kita mula bincangkan bab ini. Saya ingin memastikan perkongsian saya tulis ini diambil secara ilmiah, Senjata jika digunakan dengan betul akan menjadi senjata yang berbahaya walaupun musuh menggunakan senjata modern.
"The most dangerous weapon is the one who wields it"
PENETRATION TEST
Semasa eksperiment ini dilakukan. Kadboard yang diisi pasir dan 4 penembak telah diberi senjata untuk ditembak kearah kadboard tersebut.
Senjata yang digunakan
1. Colt 1911 pistol 45 acp
2. M1 Carbine 30 calibre
3. M1 Garand 30-06 calibre
4. Busur panah
Berikut adalah video eksperiment tersebut.
So kenapa busur panah dapat menembusi lebih dalam berbading rifle M1 Garand? Padahal senjata itu mempunyai range yang tinggi berbanding busur panah.
Jika belajar hukum fizik. Anak panah mempunyai MASS yang tinggi berbanding kepala peluru. Untuk mengetahui perbandingan lebih lanjut. Kita bayang kan kita ambil 2 jenis batu.
1. Batu Berat
2. Batu Ringan
Jika anda lemparkan batu berat. Ianya tidak akan pergi jauh tapi disebabkan beratnya yang tinggi. Impaknya lagi kuat.
Jika anda lemparkan batu ringan. Ianya mampu pergi jauh tapi tidak dapat memberi impak yang tinggi.
Namun perlu difahami tujuan setiap senjata. Tidak ada senjata yang lebih baik atau lebih buruk. Ini cuma sekadar perkongsian ilmu dan perlu diambil secara ilmiah.
Terima kasih kerana membaca!
Nak cari set panah? Hubungi kami di talian 0199414233 (Nash Archery)
No comments:
Post a Comment