Sunday, 27 January 2019

KISAH PELACUR YANG SUKA PERGI KE MASJID TETAPI BUKAN UNTUK SOLAT!



Laila (nama rekaan) merupakan seorang pelacur di Malaysia. Beliau mula melacurkan diri kerana dipaksa oleh bapanya untuk membayar hutang kepada Ah Long. Semenjak itu hidup Laila tiada tuju arah dan sentiasa diselubungi trauma yang tidak dapat dilihat. 

Pernah sekali beliau tengah berjalan dan ada mak cik meludahkan air liur ke mukanya kerana benci kepada pelacur ini .

"Kau tu bohsia! Memang confirm masuk neraka!" Kata makcik tu kepada Laila.

Hanya tuhan mengetahui perasaan Laila semasa itu, Air mata menitis luruh dari pipinya teringat akan kisahnya dirogol bergilir-gilir oleh Ah Long binatang itu semasa umur 14 tahun. Redha terhadapa ayahnya juga hilang dihati seolah-olah dibuang di dalam tong sampah dan melupakannya.

Pernah 2-3 kali Laila cuba membunuh diri dan rakan-rakannya yang juga mangsa pelacuran menghalang beliau dari melakukan perkara itu.

"Kau jangan weh buat benda bodoh! Kami semua sayang kau Laila!" kata sahabatnya...


Nak dijadikan satu kisah, Laila baru sahaja selesai melacurkan diri kepada 2 orang pelanggan. Kebetulan masa itu hujan sangat lebat dan kawasan yang terdekat untuk berteduh adalah sebuah masjid. Laila berlari ke arah masjid untuk berlindung dari hujan dengan keadaan seksi yang boleh menggugat iman seseorang.

10 minit berlalu...hujan terlampau lebat sehingga Laila tidak boleh berganjak. Dia ingin lari dari masjid itu kerana bimbang masyarakat akan pandang serong terhadap beliau. Pasti mereka akan menghalau Laila dari masjid.

Tup...tap...tup...tap, Kedengaran tapak kaki dari belakang Laila menghampirinya. Seorang lelaki yang memakai jubah putih,berserban dan berjanggut panjang menghampirinya sambil berzikir. Di hati Laila pada masa itu pasti beliau ingin menghalaunya.

"Assalamualaikum kak! Selamat datang ke masjid kami! Masuk kak masuk....nah ambil tuala ni lap sikit rambut tu dah la hujan lebat ni..." Dengan senyuman manis lelaki itu menghulurkan tuala.

Laila terfikir 
"Eh? Kenapa lelaki ni layan aku baik macam ni? Aku ni kan pelacur..tak layak kat masjid!"


Lelaki tu perkenalkan diri.
"Nama saya Airil (rekaan) Saya imam kat sini baru sahaja selesai solat Isyak berjemaah. Saya nak jemput akak sekali dengan jemaah kami untuk menjamu selera di bahagian Muslimah, Kebetulan ada makanan lebih tak tahu nak bagi siapa. hujan-hujan ni confirm lapar kan?"

Laila dengan muka penuh hairan dan terkejut cuma setuju untuk masuk ke ruangan makan bersama ahli Muslimah yang lain. Setapak sebelum masuk ke ruangan makan semua ahli jemaah wanita melihat ke arah Laila dalam keadaan seksi.

"Ah sudah, malunya aku...confirm kena kecam!"

Tapi...semua ahli wanita itu senyum dan dengan gembira pergi ke arah Laila dan memeluknya dengan erat.

"Ya Allah kak! Mari la masuk...Subhaana Allah kenapa basah-basah ni..meh akak semua tolong tukar baju awak meh meh, Pastu kita makan ramai-ramai!"

"Akak mesti laparkan? Jom jom makan makanan banyak ni!"

Nak pendekkan cerita. Tiada langsung ahli jemaah disitu memandang rendah kepada Laila malah menyambutnya datang ke masjid.

Hari demi Hari, Laila tersentuh hati dan terharu dengan layanan ahli masjid itu...

Hari demi hari Laila sering ke masjid untuk bersama jemaah wanita, Ramai kawan baru dapat beliau kenal.


Semakin kerap Laila ke masjid diatas layanan yang sangat baik. Tidak ada langsung yang menegurnya pasal pakaiannya yang seksi itu.

Satu hari..Laila membuka kisahnnya sebagai pelacur...

"Kak...saya nak tanya..kenapa kak semua layan saya baik macam ni...? Saya ni kan pelacur..akan..masuk...neraka...tak macam kak semua..beragama..." Air mata saat ini mencurahderas dengan tangisan yang tidak pernah Laila tangisi...

"Akak Laila...kalau kami semua layan buruk kepada pelacur...layan buruk kepada mereka yang jejak kaki pada masjid... mereka akan jauh dengan Islam... " kata seorang ahli jemaah.

" Ya akak..kami ni walaupun sentiasa di masjid masih belum confirm syurga... Entah-entah akak yang masuk syurga bukan kami..."


Saat ini, Laila terus bertaubat dan mula kembali kejalan yang benar. Sahabat-sahabat Laila yang juga pelacur yang bukan beragama Islam kagum mendengar kisah ahli jemaah di masjid itu dan terus memeluk Islam.


Betapa hebatnya sikap ahli jemaah di masjid itu...


Di dalam masyarakat kita, Kita ada satu penyakit iaitu menjauhkan orang dari Masjid. Kalau budak-budak buat bising kita marah, Kalau ada jemaah buat silap sindir, Bila orang pergi solat tak pernah solat sebelum ni juga suka sindir. Bila nak dekat dengan Islam? Sikap negatif kita yang buat orang lari dari Islam sebenarnya!
Pesanan Sultan Muhammad Al-Fateh

“Jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising gelak ketawa kanak-kanak riang di saf salat masjid-masid, maka takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian masa itu.”


Masih ingat kisah seorang pelacur yang dimasukkan ke syurga kerana memberi anjing minum air?

Adakah dengan ibadah sahaja cukup untuk masuk syurga?

Kenapa kita tidak tolong orang yang susah?

Allah Maha Mengasihani, Lagi Maha Penyayang kepada umat Manusia...fikir-fikirkanlah...





Kisah ini ditulis oleh Mohd Nasri Bin Musa, Founder kepada Nash Archery.
Nak beli barangan memanah contact dia ya...

No comments:

Post a Comment