Thursday, 6 December 2018

MENGAPA TIADA SENJATA API DI AKHIR ZAMAN DAN UMAT MANUSIA MULA PAKAI BUSUR PANAH DAN PEDANG KEMBALI?


ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?




Ada teori yang mengatakan bahawa mengapa manusia mula menggunakan senjata seperti pedang,tombak,busur dan kuda kembali adalah kerana pengunaan senjata yang dikenali sebagai EMP (Electromagnetic Pulse)

Electromagnetic pulse adalah senjata yang seakan nuklear tapi tidak membawa kemusnahan yang besar sebaliknya digunakan untuk melumpuhkan semua barang elektronik. Tapi anehnya senjata api tidak memakai elektrik dan kenapa tiada senjata api?

Ada beberapa teori yang logik mungkin menjelaskan fenomena ini.

1. Berlaku kemusnahan besar disebabkan perang Nuklear dan seluruh dunia tidak ada keupayaan menghasilkan peluru dan senjata api.

2. Mungkin zaman senjata api sudah tiada dan senjata diganti dengan senjata seperti laser sama macam filem science fiction. Sekarang Amerika Syarikat sedang membina senjata ElectroMagnetic Gun yang tidak menggunakan bahan api seperti blerang.

3. Manusia semasa zaman ini sudah malas mencari ilmu dan sebarang benda telah digantikan dengan mesin. Mesin yang akan lakukan semua kerja bukannya manusia.

4. Berlakunya peristiwa Ad Dukhon dimana berlaku kemusnahan besar dan atmosfera bumi rosak kena hentaman meteor/nuklear. Ada 2 teori ad dukhon tapi sokongan kuat mengatakan hentaman meteor sehinggakan menghasilkan kabut asap yang kuat. Pertanian akan hancur.


Apakah persediaan kita untuk menghadapi akhir zaman? Adakah kita sudah mempunyai bekal yang cukup untuk menghadapi hari pembalasan? Wallahualam, Kita boleh meramal tetapi Allah SWT yang tahu akan segala-galanya maka bersiap sedialah dengan segala kekuatan yang kamu mampu.

Sabda Rasulullah SAW

Di dalam memanah itu ada kekuatan
Di dalam memanah itu ada kekuatan
Di dalam memanah itu ada kekuatan

Disebut 3 kali semasa diatas Mimbar semasa Solat Jumaat

Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki” (QS. Al-Anfaal: 60). Ketahuilah bahwasanya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah bahwasanya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah bahwasanya kekuatan itu adalah memanah.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah )




Insyaa Allah, Kepada mereka yang ingin belajar memanah dan mencari set memanah boleh hubungi 0199414233 (Nash Archery) kami sedia bantu anda. Jika perlukan nasihat memanah silakan call sahaja kami akan bantu.



No comments:

Post a Comment