PENUBUHAN KELAB TARUNG PEDANG DI MALAYSIA SATU ANJAKAN PARADIGMA DALAM DUNIA BERPEDANG
penulis artikel : Mohd Nasri Bin Musa (Nash Archer) Youtube
Kelab Tarung Pedang ditubuhkan kerana ahli-ahli seni mempertahankan diri dikalangan ahli kelab tersebut mulai sedar akan kepentingan latihan "SPARRING" di dalam dunia berpedang.
Sepanjang sejarah dunia seni mempertahankan diri ditubuhkan di Malaysia, kebanyakkan ilmu pedang diturunkan melalui buah atau gerak. Walaupun buah dan gerak itu bagus untuk mempelajari ilmu berpedang, Ianya kurang realistik berbanding tempur secara yang sebetulnya.
Kelab ini juga memfokuskan ahli mereka untuk sentiasa sparring dan merasai sendiri pengalaman dipressure atau ditekan oleh musuh semasa pertempuran. Kebiasaannya buah yang dipelajari dari seni mempertahankan diri yang lain tidak sempat dibuka kerana musuh sentiasa bergerak pantas dan respon kepada setiap gerak geri kita semasa tempur.
Sparring juga dapat berikan kesihatan yang baik kerana ianya sangat intensif dan memerlukan stamina yang kuat. Bukan sebarangan orang boleh sparring didalam sukan ini. Kelab ini juga berharap ramai lagi yang akan menyertai sukan seperti ini kerana dapat berikan pengalaman bertempur secara realistik.
Setakat ni ada 2 cawangan yang ada membuka gelanggang ini satu di Melaka (Hatri) dan satu di Dungun (Nash). Diharapkan sukan ini semakin berkembang dikalangan masyarakat Malaysia
berikut adalah video sesi sparring kelab tarung pedang
No comments:
Post a Comment