Monday, 29 January 2024

KETAHANAN PEDANG DALAM BERTEMPUR

 KETAHANAN PEDANG DI DALAM PERTEMPURAN





penulis artikel : Mohd Nasri Bin Musa (Nash Archer) Youtube
Video penuh penjelasan ada di link ini

https://www.youtube.com/watch?v=utrclRlPV7Y&t=32s


Penulis merupakan seorang peminat dalam dunia persenjataan dimana beliau mula untuk mencari jawapan kepada rahsia-rahsia senajta dan pertempuran. Kerana minatnya yang mendalam beliau mula berlatih bermain pedang hampir setiap hari.


Mengikut pandangan beliau, Pedang bukanlah senjata yang mempunya ketahanan yang tinggi kerana sifatnya si besi itu. Terlampau lembut senang diasah, terlampau keras tahan tapi senang patah. Jadi kenapa pedang masih jadi pilihan? Beliau juga pernah bertanya kepada tukang tempa besi berapa ramai yang menempah tombak berbanding pedang? Beliau mendapat jawapan hampir majoriti suka menempah pedang bukannya tombak.


Perkara ini menjadi persoalan kenapa ramai suka membeli pedang dan tidak fokus kepada senjata lain. Hasil daripada kajian Mohd Nasri Bin Musa berikut adalah faktor kenapa masyarakat Melayu suka bermain pedang


1. Ianya ringan dan senang dibawa
2. Pedang dianggap sebagai status kuasa atau kekayaan
3. Melambangkan kepahlawanan seseorang jika mahir


Beliau mengatakan ada juga kemungkinan doktrin dari filem dan pengaruh dari generasi dulu yang mengaggungkang pedang. Nasri pernah berkata yang pedang bukanlah senjata utama kerana ianya cuma dianggap senjata kedua seperti pistol dizaman moden. Tombak itu ibarat rifle.

Hasil dari beliau sentiasa sparring dan berexperiment beliau mendapati pedang ini adalah "Jack of all trades, master of none" ianya berada ditengah-tengah dari segi kualiti, ketahanan, jarak dan lain-lain. Berikut adalah markah yang diberikan beliau untuk senjata pedang



Ketahanan : 2/5,3/5
Jarak : 2/5,3/5 (bergantung jenis pedang)
Harga : 1/5 (Ianya mahal)
Skill : 3/5 (tahap kesusahan untuk belajar)
Berat : 5/5 (kebanyakkan pedang senang dibawa



Ya, pedang akan sumbing, akan patah juga jika digunakan secara lasak walau apa jua jenis ketahanan besi tersebut. kerana dalam dunia tempur. Semua akan serang secara all out.

Bertempur pedang vs pedang adalah perkara yang sangat susah. Ianya bukanlah seperti filem atau buah yang kita pelajari semasa latihan kerana musuh menyerang sangat aktif sehinggakan kita tidak sempat untuk buka buah tertentu. Faktor adrenalin dan takut juga ada main peranan dalam mental si pemedang. Haruslah kita faham ianya bukan perkara senang dan pedang yang mempunyai jarak semestinya ada kelebihan semasa bertempur. Jadi apakah rahsia untuk menang dengan pedang? Iaitu dengan menggunakan perisai, Itulah kombo atau kawan kepada pedang jika pedang ingin digunakan sebagai senjata utama



Masyarakat Melayu sepatutnya memahami didalam dunia persenjataan ilmunya sangat luas dan tidak habis untuk dibincangkan. Jika kita masih ada mindset yang salah dalam dunia senjata nescaya kita hanya akan jadi kaum yang tidak berilmu. Sudah sampai masa kita ditahap membuat experiment dan cukuplah bersengketa dengan kata-kata kosong. (Nasihat Penulis)



Berikut adalah video penulis sparring dengan pedang buaya berenang besi tumpul

No comments:

Post a Comment