Saturday, 19 March 2016

Sunnah Memanah Dan Kelebihannya

“Ajarkan Anak-anakmu Berenang, Berkuda dan Memanah (HR.Ahmad)”

Masih ramai yang belum mengetahui bahawa sebenarnya memanah merupakan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sukan ini begitu popular di zaman dahulu. Namun, ia kian dilupakan kerana perkembangan teknologi seperti senjata api. 

Beberapa tahun yang lalu sukan memanah dibangkitkan semula di seluruh dunia bagi tujuan menjaga warisan ini. Tahap memanah yang paling tinggi ialah memanah berkuda. Memanah berkuda ini dianggap sebagai “Special Forces”. 

Di Dungun Terengganu, sukan memanah ini masih belum diketahui umum. Walau bagaimanapun telah banyak usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi menghidupkan sunnah ini. Saya sendiri turut melibatkan diri bagi memperkenalkannya kepada masyarakat kita khusunya umat Islam sendiri. 

Memanah memerlukan kemahiran dan kemahiran itu boleh dipupuk melalui latihan yang berterusan dan konsisten. Permainan peralatan ini merupakan yang terbaik untuk umat Islam. Namun dewasa ini, apa yang amat mendukacitakan adalah sukan atau permainan peralatan ini banyak dikuasai oleh orang bukan Islam kerana mereka menyedari akan kelebihan yang terdapat di dalam sukan ini. Malangnya kita masih lagi ketinggalan dan beranggapan ia tidak langsung berfaedah berbanding dengan aktitivi-aktiviti lain. 

"Sesungguhnya sukan ini memberikan kita ganjaran pahala di sisi Allah SWT berpandukan dengan niat yang baik dan Insha-Allah semuanya berjalan dengan lancar." 


Kepada rakan-rakan dan pembaca yang berminat untuk belajar, boleh hubungi saya juga di Facebook (MOHD NASRI BIN MUSA) atau boleh langsung hubungi di talian 019-941 4233 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya.




No comments:

Post a Comment