Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya, Apakah bahan yang digunakan untuk membuat busur panah tradisional? Ada yang mengatakan ianya dari buluh,sejenis kayu dan sebagainya. Namun anda pernah tahu tak cara pembuatan busur komposit atau hornbow?
Busur komposit bermaksud busur yang bersaiz kecil namun dapat memberi power yang sama seperti busur bersaiz besar. Busur komposit unik kerana saiznya yang kecil dan ringan untuk diangkat.
Walaupun ianya ringan untuk dipegang tidak bermakna ianya ringan untuk ditarik. Busur perang boleh mencecach 90 pound keatas! (ukuran ketengan tali/limb) Pemanah rekreasi standard paling tinggi cuma 50 pound! Bayangkan kekuatannya.
Bahan utama di dalam badan busur
1. Kayu/Buluh
2. Tanduk
3. Sinew/Keting urat binatang
Aneh bukan? ya sebab ramai tak tahu, Sebab tu jangan pelik kalau busur panah boleh mencecah ribuan ringgit. Kami sediakan gambar dan video cara pembuatan busur panah.
Video dibawah menunjukkan cara pembuatan busur komposit jenis Turkish.
Insyaa Allah, Kalau korang rasa info ni beri manfaat boleh share dan like. Untuk pengetahuan anda, Kami juga menjual set panah tradisional/modern/recurve/compound. Berminat untuk belajar memanah sekarang? Hubungi kami di 0199414233