Monday, 15 July 2019

SENAPANG GAJAH P RAMLEE WUJUD SEBENARNYA!


Anda masih ingat video lakonan P RAMLEE mengenai senapang gajah dalam cerita ali baba bujang lapuk?

'PUNT GUN'

Ianya adalah nama senjata ini dan orang Amerika Utara dahulu kala suka memakainya kerana dapat membunuh binatang liar macam burung/itik dalam jumlah yang besar.

Tapi senapang ni serious bukan senang nak handle. Dah lah besar dan ada penggunanya menggunakan bot sebagai tempat untuk meletakkan senjata tersebut. Ni rasanya dah boleh buat naval warfare gun dah ni haha.

Bila tak digunakan atas boat. Diorang kena pegang ramai-ramai. Sorang bawak peluru dan serbuk bagai. Sorang lagi backup macam-macam lah. Tapi konfem ko shoot benda ni sorang diri boleh terbang bahu kau.


Pada 1918. Senjata ni dah kena ban tak boleh pakai sebab merosakkan ekosistem di negara tersebut.

Mari kita tengok video macam mana PUNT GUN ni ditembak!



Terima Kasih kerana membaca!

Nak cari peralatan memanah dan belajar memanah?
 Hubungi kami 0199414233 (Nash Archery)



Sunday, 14 July 2019

SENJATA API VS BUSUR PANAH. SIAPA YANG MENANG?


Di zaman yang moden. Pasti ramai yang akan bersetuju senjata api dapat mengalahkan busur panah yang merupakan senjata tradisional. Namun terdapat beberapa eksperiment yang dijalankan di Amerika Syarikat mengenai kekuatan panah vs senjata api.

Sebelum kita mula bincangkan bab ini. Saya ingin memastikan perkongsian saya tulis ini diambil secara ilmiah, Senjata jika digunakan dengan betul akan menjadi senjata yang berbahaya walaupun musuh menggunakan senjata modern.

"The most dangerous weapon is the one who wields it"

PENETRATION TEST 

Semasa eksperiment ini dilakukan. Kadboard yang diisi pasir dan 4 penembak telah diberi senjata untuk ditembak kearah kadboard tersebut.

Senjata yang digunakan
1. Colt 1911 pistol 45 acp
2. M1 Carbine 30 calibre
3. M1 Garand 30-06 calibre 
4. Busur panah

Berikut adalah video eksperiment tersebut.


So kenapa busur panah dapat menembusi lebih dalam berbading rifle M1 Garand? Padahal senjata itu mempunyai range yang tinggi berbanding busur panah.

Jika belajar hukum fizik. Anak panah mempunyai MASS yang tinggi berbanding kepala peluru. Untuk mengetahui perbandingan lebih lanjut. Kita bayang kan kita ambil 2 jenis batu.

1. Batu Berat
2. Batu Ringan

Jika anda lemparkan batu berat. Ianya tidak akan pergi jauh tapi disebabkan beratnya yang tinggi. Impaknya lagi kuat.

Jika anda lemparkan batu ringan. Ianya mampu pergi jauh tapi tidak dapat memberi impak yang tinggi.

Namun perlu difahami tujuan setiap senjata. Tidak ada senjata yang lebih baik atau lebih buruk. Ini cuma sekadar perkongsian ilmu dan perlu diambil secara ilmiah.


Terima kasih kerana membaca!

Nak cari set panah? Hubungi kami di talian 0199414233 (Nash Archery)





Thursday, 11 July 2019

KENAPA ENGLAND MENGHARAMKAN SUKAN BOLA SEPAK DAN SURUH RAKYATNYA MEMANAH


Di England. Ianya merupakan satu tradisi dari zaman pertengahan lagi untuk lelaki yang sudah boleh berjalan diajar untuk bermain sukan panah.
.
Raja Henry ke 5 mengharam sukan bola sepak semasa zaman pertengahan kerana bimbang anak muda tidak boleh berlatih memanah. Ianya bertujuan untuk persiapkan diri untuk berperang. Sebab tu England mempunyai pemanah longbow terbaik di Eropah.
.
Cara bermain panah di England agak unik. Sasaran mereka hanyalah sebatang tiang bendera yang diletakkan di suatu tempat. Para pemanah akan memanah ke atas. Siapa yang paling dekat boleh tentukan kat mana pulak nak letak bendera tu nanti.
.
So kenapa buat camtu? Bendera tu sebenarnya adalah latihan untuk perang. Dengan cara setiap kali ada pemenang, Pasti orang yang letak bendera tu secara rawak. Dengan cara ni mereka dapat mengaggak tinggi mana dan dimana untuk aim sasaran. Bendera tu jugak sebagai tanda banner musuh.
.
Sampai sekarang. Fraternity of St George masih kekalkan tradisi ni. Jom kita saksikan bagaimana mereka main panah.





Link asal video
https://www.youtube.com/watch?v=xrys6KcEvME

Nak cari peralatan memanah? Hubungi kami di talian 0199414233