Sejarah kenapa terciptanya nilai mata wang bermula di Eropah oleh keluarga Rothschild. Senang cerita orang dulu susah nak bawak emas/perak kemana-mana takut dirompak apabila travel kena negara lain. Jadi keluarga Rothschild memberikan cadangan untuk membuka bank simpanan emas di 4 negara berbeza.
Jadi siapa-siapa nak ambil emas di negara lain perlu deposit emas di negara asalnya lalu diberikan resit dan resit tersebut boleh ditebus di negara lain yang ada bank Rothschild.
Pendekkan cerita. Para perbankan dunia dapat tahu untuk mengeksploitasi nilai resit dan mulalah agenda mereka untuk mempermainkan negara-negara dengan nilai mata wang.
Jadi duit kertas cumalah resit deposit emas sesuatu negara. Lagi banyak emas lagi tinggi nilai mata wang. Kalau cetak banyak duit kertas makin kurang nilai.
Tapi ada perkara pelik. Kenapa tak samakan sahaja nilai mata wang seluruh dunia? Sedangkan kita tahu akan nilai emas/dinar/dirham/perak tidak berubah sepanjang zaman. Adakah para elit perbankan dunia ingin eksploitasi sesebuah negara?
Cuba fikir sejenak, Jika mata wang sesebuah negara rendah. Pastinya kos tenaga kerja kurang dan para kapitalis dapat membuka kilang di negara tersebut untuk jimatkan kos dan eksploitasi negara tersebut.
Maka kita fahamlah kenapa mata wang berbeza di setiap negara. Tapi ini cumalah rumusan Nash seorang dan tidak mewakili siapa-siapa. Sebarang kesilapan Nash akan perbetulkan di masa hadapan.
"Kalau lah berusaha itu meyakinkan kejayaan dan kekayaan. Maka orang Afrikalah patut kaya"