Wednesday, 21 February 2024

MENGLASTIK IKAN, AKTIVITI MENCABAR MENGUJI KEUPAYAAN MEMBURU DI DUNGUN TERENGGANU

MENGLASTIK IKAN, AKTIVITI MENCABAR MENGUJI KEUPAYAAN MEMBURU 






Aktiviti memburu merupakan, aktiviti manusia sejak dari mula lagi. Namun aktiviti ini mula dilupakan masyarakat kerana kemudahan akses untuk dapat hasil buruan dengan berjual beli. 

Di Dungun, Terengganu aktiviti ini baru sahaja diperkenalkan dan hanya menunggu masa untuk menjadi popular. Syed Hakimi, Seorang pemuda yang sudah lama berkecimpung dalam bidang melastik ikan mula menyebarkan ilmu memburu ikan kepada masyarakat. Hasil berkat usaha beliau aktiviti ini sudah mula menarik minat masyarakat.

Aktiviti menglastik ikan juga dapat perhatian dan minat youtuber dari Dungun seperti POKMUNG FISHING dan NASH ARCHER

Link kepada channel mereka
POKMUNG FISHING

https://www.youtube.com/@PokmungFishing


NASH ARCHER

https://www.youtube.com/@NashArcher

Sebelum menggunakan lastik ini pengguna wajib belajar dan mengamalkan aspek keselamatan yang tinggi. Jika ini tidak diamalkan maka kecederaan yang serious akan berlaku. Diantara beberapa etika seorang penglastik ikan adalah


1. Utamakan keselamatan

2. Wajib belajar

3. Tidak melastik ikan yang berpasangan, ada anak atau terlalu kecil. Juga tidak mengambil jumlah yang banyak cukup sahaja.


Berikut adalah contoh aktiviti melastik ikan








Jika anda berminat untuk sertai aktiviti ini, Hubungi Syed Hakimi di talian whatsapp +60 14-846 1345

Sunday, 11 February 2024

KELAB TARUNG PEDANG MALAYSIA MULA LANGKAH BARU DALAM MEMPERKASAKAN SUKAN BERPEDANG

penulis : Mohd Nasri Bin Musa (Nash Archer)




Kelab Tarung Pedang di Malaysia makin diminati ramai dan mula menggerakkan langkah untuk menarik minat masyarakat dalam sukan berpedang.


Sukan berpedang kian makin popular di Malaysia dengan adanya format baru iaitu sparring secara full contact. Keselamatan sudah pasti wajib dijaga dan peserta dapat merasai tempur secara intensif. mengikut pengalaman penulis walaupun 1 minit memang dah semput dada kepenatan dalam berpedang.

Berikut adalah video kelab tarung pedang mula berlatih gerak koreografi untuk buat pertunjukkan.Namun perlu diingat gerak langkah koreografi bukanlah langkah tempur sebaliknya pertunjukkan sahaja. Untuk merasai tempur sebenar sertailah Kelab Tarung Pedang.