Monday, 29 January 2024

KETAHANAN PEDANG DALAM BERTEMPUR

 KETAHANAN PEDANG DI DALAM PERTEMPURAN





penulis artikel : Mohd Nasri Bin Musa (Nash Archer) Youtube
Video penuh penjelasan ada di link ini

https://www.youtube.com/watch?v=utrclRlPV7Y&t=32s


Penulis merupakan seorang peminat dalam dunia persenjataan dimana beliau mula untuk mencari jawapan kepada rahsia-rahsia senajta dan pertempuran. Kerana minatnya yang mendalam beliau mula berlatih bermain pedang hampir setiap hari.


Mengikut pandangan beliau, Pedang bukanlah senjata yang mempunya ketahanan yang tinggi kerana sifatnya si besi itu. Terlampau lembut senang diasah, terlampau keras tahan tapi senang patah. Jadi kenapa pedang masih jadi pilihan? Beliau juga pernah bertanya kepada tukang tempa besi berapa ramai yang menempah tombak berbanding pedang? Beliau mendapat jawapan hampir majoriti suka menempah pedang bukannya tombak.


Perkara ini menjadi persoalan kenapa ramai suka membeli pedang dan tidak fokus kepada senjata lain. Hasil daripada kajian Mohd Nasri Bin Musa berikut adalah faktor kenapa masyarakat Melayu suka bermain pedang


1. Ianya ringan dan senang dibawa
2. Pedang dianggap sebagai status kuasa atau kekayaan
3. Melambangkan kepahlawanan seseorang jika mahir


Beliau mengatakan ada juga kemungkinan doktrin dari filem dan pengaruh dari generasi dulu yang mengaggungkang pedang. Nasri pernah berkata yang pedang bukanlah senjata utama kerana ianya cuma dianggap senjata kedua seperti pistol dizaman moden. Tombak itu ibarat rifle.

Hasil dari beliau sentiasa sparring dan berexperiment beliau mendapati pedang ini adalah "Jack of all trades, master of none" ianya berada ditengah-tengah dari segi kualiti, ketahanan, jarak dan lain-lain. Berikut adalah markah yang diberikan beliau untuk senjata pedang



Ketahanan : 2/5,3/5
Jarak : 2/5,3/5 (bergantung jenis pedang)
Harga : 1/5 (Ianya mahal)
Skill : 3/5 (tahap kesusahan untuk belajar)
Berat : 5/5 (kebanyakkan pedang senang dibawa



Ya, pedang akan sumbing, akan patah juga jika digunakan secara lasak walau apa jua jenis ketahanan besi tersebut. kerana dalam dunia tempur. Semua akan serang secara all out.

Bertempur pedang vs pedang adalah perkara yang sangat susah. Ianya bukanlah seperti filem atau buah yang kita pelajari semasa latihan kerana musuh menyerang sangat aktif sehinggakan kita tidak sempat untuk buka buah tertentu. Faktor adrenalin dan takut juga ada main peranan dalam mental si pemedang. Haruslah kita faham ianya bukan perkara senang dan pedang yang mempunyai jarak semestinya ada kelebihan semasa bertempur. Jadi apakah rahsia untuk menang dengan pedang? Iaitu dengan menggunakan perisai, Itulah kombo atau kawan kepada pedang jika pedang ingin digunakan sebagai senjata utama



Masyarakat Melayu sepatutnya memahami didalam dunia persenjataan ilmunya sangat luas dan tidak habis untuk dibincangkan. Jika kita masih ada mindset yang salah dalam dunia senjata nescaya kita hanya akan jadi kaum yang tidak berilmu. Sudah sampai masa kita ditahap membuat experiment dan cukuplah bersengketa dengan kata-kata kosong. (Nasihat Penulis)



Berikut adalah video penulis sparring dengan pedang buaya berenang besi tumpul

Wednesday, 17 November 2021

MATAWANG KERTAS TIADA NILAI! TAPI KENAPA ADA NILAI?


 Sejarah kenapa terciptanya nilai mata wang bermula di Eropah oleh keluarga Rothschild. Senang cerita orang dulu susah nak bawak emas/perak kemana-mana takut dirompak apabila travel kena negara lain. Jadi keluarga Rothschild memberikan cadangan untuk membuka bank simpanan emas di 4 negara berbeza.


 Jadi siapa-siapa nak ambil emas di negara lain perlu deposit emas di negara asalnya lalu diberikan resit dan resit tersebut boleh ditebus di negara lain yang ada bank Rothschild.
 


Pendekkan cerita. Para perbankan dunia dapat tahu untuk mengeksploitasi nilai resit dan mulalah agenda mereka untuk mempermainkan negara-negara dengan nilai mata wang.


Jadi duit kertas cumalah resit deposit emas sesuatu negara. Lagi banyak emas lagi tinggi nilai mata wang. Kalau cetak banyak duit kertas makin kurang nilai.


Tapi ada perkara pelik. Kenapa tak samakan sahaja nilai mata wang seluruh dunia? Sedangkan kita tahu akan nilai emas/dinar/dirham/perak tidak berubah sepanjang zaman. Adakah para elit perbankan dunia ingin eksploitasi sesebuah negara?


Cuba fikir sejenak, Jika mata wang sesebuah negara rendah. Pastinya kos tenaga kerja kurang dan para kapitalis dapat membuka kilang di negara tersebut untuk jimatkan kos dan eksploitasi negara tersebut.


Maka kita fahamlah kenapa mata wang berbeza di setiap negara. Tapi ini cumalah rumusan Nash seorang dan tidak mewakili siapa-siapa. Sebarang kesilapan Nash akan perbetulkan di masa hadapan.


"Kalau lah berusaha itu meyakinkan kejayaan dan kekayaan. Maka orang Afrikalah patut kaya"

Monday, 15 July 2019

SENAPANG GAJAH P RAMLEE WUJUD SEBENARNYA!


Anda masih ingat video lakonan P RAMLEE mengenai senapang gajah dalam cerita ali baba bujang lapuk?

'PUNT GUN'

Ianya adalah nama senjata ini dan orang Amerika Utara dahulu kala suka memakainya kerana dapat membunuh binatang liar macam burung/itik dalam jumlah yang besar.

Tapi senapang ni serious bukan senang nak handle. Dah lah besar dan ada penggunanya menggunakan bot sebagai tempat untuk meletakkan senjata tersebut. Ni rasanya dah boleh buat naval warfare gun dah ni haha.

Bila tak digunakan atas boat. Diorang kena pegang ramai-ramai. Sorang bawak peluru dan serbuk bagai. Sorang lagi backup macam-macam lah. Tapi konfem ko shoot benda ni sorang diri boleh terbang bahu kau.


Pada 1918. Senjata ni dah kena ban tak boleh pakai sebab merosakkan ekosistem di negara tersebut.

Mari kita tengok video macam mana PUNT GUN ni ditembak!



Terima Kasih kerana membaca!

Nak cari peralatan memanah dan belajar memanah?
 Hubungi kami 0199414233 (Nash Archery)



Sunday, 14 July 2019

SENJATA API VS BUSUR PANAH. SIAPA YANG MENANG?


Di zaman yang moden. Pasti ramai yang akan bersetuju senjata api dapat mengalahkan busur panah yang merupakan senjata tradisional. Namun terdapat beberapa eksperiment yang dijalankan di Amerika Syarikat mengenai kekuatan panah vs senjata api.

Sebelum kita mula bincangkan bab ini. Saya ingin memastikan perkongsian saya tulis ini diambil secara ilmiah, Senjata jika digunakan dengan betul akan menjadi senjata yang berbahaya walaupun musuh menggunakan senjata modern.

"The most dangerous weapon is the one who wields it"

PENETRATION TEST 

Semasa eksperiment ini dilakukan. Kadboard yang diisi pasir dan 4 penembak telah diberi senjata untuk ditembak kearah kadboard tersebut.

Senjata yang digunakan
1. Colt 1911 pistol 45 acp
2. M1 Carbine 30 calibre
3. M1 Garand 30-06 calibre 
4. Busur panah

Berikut adalah video eksperiment tersebut.


So kenapa busur panah dapat menembusi lebih dalam berbading rifle M1 Garand? Padahal senjata itu mempunyai range yang tinggi berbanding busur panah.

Jika belajar hukum fizik. Anak panah mempunyai MASS yang tinggi berbanding kepala peluru. Untuk mengetahui perbandingan lebih lanjut. Kita bayang kan kita ambil 2 jenis batu.

1. Batu Berat
2. Batu Ringan

Jika anda lemparkan batu berat. Ianya tidak akan pergi jauh tapi disebabkan beratnya yang tinggi. Impaknya lagi kuat.

Jika anda lemparkan batu ringan. Ianya mampu pergi jauh tapi tidak dapat memberi impak yang tinggi.

Namun perlu difahami tujuan setiap senjata. Tidak ada senjata yang lebih baik atau lebih buruk. Ini cuma sekadar perkongsian ilmu dan perlu diambil secara ilmiah.


Terima kasih kerana membaca!

Nak cari set panah? Hubungi kami di talian 0199414233 (Nash Archery)





Thursday, 11 July 2019

KENAPA ENGLAND MENGHARAMKAN SUKAN BOLA SEPAK DAN SURUH RAKYATNYA MEMANAH


Di England. Ianya merupakan satu tradisi dari zaman pertengahan lagi untuk lelaki yang sudah boleh berjalan diajar untuk bermain sukan panah.
.
Raja Henry ke 5 mengharam sukan bola sepak semasa zaman pertengahan kerana bimbang anak muda tidak boleh berlatih memanah. Ianya bertujuan untuk persiapkan diri untuk berperang. Sebab tu England mempunyai pemanah longbow terbaik di Eropah.
.
Cara bermain panah di England agak unik. Sasaran mereka hanyalah sebatang tiang bendera yang diletakkan di suatu tempat. Para pemanah akan memanah ke atas. Siapa yang paling dekat boleh tentukan kat mana pulak nak letak bendera tu nanti.
.
So kenapa buat camtu? Bendera tu sebenarnya adalah latihan untuk perang. Dengan cara setiap kali ada pemenang, Pasti orang yang letak bendera tu secara rawak. Dengan cara ni mereka dapat mengaggak tinggi mana dan dimana untuk aim sasaran. Bendera tu jugak sebagai tanda banner musuh.
.
Sampai sekarang. Fraternity of St George masih kekalkan tradisi ni. Jom kita saksikan bagaimana mereka main panah.





Link asal video
https://www.youtube.com/watch?v=xrys6KcEvME

Nak cari peralatan memanah? Hubungi kami di talian 0199414233



Sunday, 27 January 2019

KISAH PELACUR YANG SUKA PERGI KE MASJID TETAPI BUKAN UNTUK SOLAT!



Laila (nama rekaan) merupakan seorang pelacur di Malaysia. Beliau mula melacurkan diri kerana dipaksa oleh bapanya untuk membayar hutang kepada Ah Long. Semenjak itu hidup Laila tiada tuju arah dan sentiasa diselubungi trauma yang tidak dapat dilihat. 

Pernah sekali beliau tengah berjalan dan ada mak cik meludahkan air liur ke mukanya kerana benci kepada pelacur ini .

"Kau tu bohsia! Memang confirm masuk neraka!" Kata makcik tu kepada Laila.

Hanya tuhan mengetahui perasaan Laila semasa itu, Air mata menitis luruh dari pipinya teringat akan kisahnya dirogol bergilir-gilir oleh Ah Long binatang itu semasa umur 14 tahun. Redha terhadapa ayahnya juga hilang dihati seolah-olah dibuang di dalam tong sampah dan melupakannya.

Pernah 2-3 kali Laila cuba membunuh diri dan rakan-rakannya yang juga mangsa pelacuran menghalang beliau dari melakukan perkara itu.

"Kau jangan weh buat benda bodoh! Kami semua sayang kau Laila!" kata sahabatnya...


Nak dijadikan satu kisah, Laila baru sahaja selesai melacurkan diri kepada 2 orang pelanggan. Kebetulan masa itu hujan sangat lebat dan kawasan yang terdekat untuk berteduh adalah sebuah masjid. Laila berlari ke arah masjid untuk berlindung dari hujan dengan keadaan seksi yang boleh menggugat iman seseorang.

10 minit berlalu...hujan terlampau lebat sehingga Laila tidak boleh berganjak. Dia ingin lari dari masjid itu kerana bimbang masyarakat akan pandang serong terhadap beliau. Pasti mereka akan menghalau Laila dari masjid.

Tup...tap...tup...tap, Kedengaran tapak kaki dari belakang Laila menghampirinya. Seorang lelaki yang memakai jubah putih,berserban dan berjanggut panjang menghampirinya sambil berzikir. Di hati Laila pada masa itu pasti beliau ingin menghalaunya.

"Assalamualaikum kak! Selamat datang ke masjid kami! Masuk kak masuk....nah ambil tuala ni lap sikit rambut tu dah la hujan lebat ni..." Dengan senyuman manis lelaki itu menghulurkan tuala.

Laila terfikir 
"Eh? Kenapa lelaki ni layan aku baik macam ni? Aku ni kan pelacur..tak layak kat masjid!"


Lelaki tu perkenalkan diri.
"Nama saya Airil (rekaan) Saya imam kat sini baru sahaja selesai solat Isyak berjemaah. Saya nak jemput akak sekali dengan jemaah kami untuk menjamu selera di bahagian Muslimah, Kebetulan ada makanan lebih tak tahu nak bagi siapa. hujan-hujan ni confirm lapar kan?"

Laila dengan muka penuh hairan dan terkejut cuma setuju untuk masuk ke ruangan makan bersama ahli Muslimah yang lain. Setapak sebelum masuk ke ruangan makan semua ahli jemaah wanita melihat ke arah Laila dalam keadaan seksi.

"Ah sudah, malunya aku...confirm kena kecam!"

Tapi...semua ahli wanita itu senyum dan dengan gembira pergi ke arah Laila dan memeluknya dengan erat.

"Ya Allah kak! Mari la masuk...Subhaana Allah kenapa basah-basah ni..meh akak semua tolong tukar baju awak meh meh, Pastu kita makan ramai-ramai!"

"Akak mesti laparkan? Jom jom makan makanan banyak ni!"

Nak pendekkan cerita. Tiada langsung ahli jemaah disitu memandang rendah kepada Laila malah menyambutnya datang ke masjid.

Hari demi Hari, Laila tersentuh hati dan terharu dengan layanan ahli masjid itu...

Hari demi hari Laila sering ke masjid untuk bersama jemaah wanita, Ramai kawan baru dapat beliau kenal.


Semakin kerap Laila ke masjid diatas layanan yang sangat baik. Tidak ada langsung yang menegurnya pasal pakaiannya yang seksi itu.

Satu hari..Laila membuka kisahnnya sebagai pelacur...

"Kak...saya nak tanya..kenapa kak semua layan saya baik macam ni...? Saya ni kan pelacur..akan..masuk...neraka...tak macam kak semua..beragama..." Air mata saat ini mencurahderas dengan tangisan yang tidak pernah Laila tangisi...

"Akak Laila...kalau kami semua layan buruk kepada pelacur...layan buruk kepada mereka yang jejak kaki pada masjid... mereka akan jauh dengan Islam... " kata seorang ahli jemaah.

" Ya akak..kami ni walaupun sentiasa di masjid masih belum confirm syurga... Entah-entah akak yang masuk syurga bukan kami..."


Saat ini, Laila terus bertaubat dan mula kembali kejalan yang benar. Sahabat-sahabat Laila yang juga pelacur yang bukan beragama Islam kagum mendengar kisah ahli jemaah di masjid itu dan terus memeluk Islam.


Betapa hebatnya sikap ahli jemaah di masjid itu...


Di dalam masyarakat kita, Kita ada satu penyakit iaitu menjauhkan orang dari Masjid. Kalau budak-budak buat bising kita marah, Kalau ada jemaah buat silap sindir, Bila orang pergi solat tak pernah solat sebelum ni juga suka sindir. Bila nak dekat dengan Islam? Sikap negatif kita yang buat orang lari dari Islam sebenarnya!
Pesanan Sultan Muhammad Al-Fateh

“Jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising gelak ketawa kanak-kanak riang di saf salat masjid-masid, maka takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian masa itu.”


Masih ingat kisah seorang pelacur yang dimasukkan ke syurga kerana memberi anjing minum air?

Adakah dengan ibadah sahaja cukup untuk masuk syurga?

Kenapa kita tidak tolong orang yang susah?

Allah Maha Mengasihani, Lagi Maha Penyayang kepada umat Manusia...fikir-fikirkanlah...





Kisah ini ditulis oleh Mohd Nasri Bin Musa, Founder kepada Nash Archery.
Nak beli barangan memanah contact dia ya...

Thursday, 17 January 2019

PEMUDA DARI DUNGUN MEMPERJUANGKAN SUKAN SUNNAH MEMANAH

|

Seorang pemuda dari Dungun yang dikenali sebagai Mohd Nasri Bin Musa sudah lama berkecimpung di dalam sukan sunnah anjuran Rasulullah S.A.W. Beliau mempunyai kepakaran untuk melatih para pemanah baru sehingga mahir didalam waktu yang singkat.


"Saya memperjuangkan apa yang sukar diterima masyarakat. Padahal sukan ini sepatutnya dijadikan amalan setiap umat Islam. Saya tak kisah sebab kalau kita pejuang bab agama memang akan datang susah ujian dari Allah"

(kata-kata beliau semasa interview)


Lokasi kedainya agak unik kerana terletak betul-betul di rumah beliau. Alasannya untuk elakkan kos sewaan yang semakin tinggi di Dungun.

berikut adalah peta lokasi tempat memanah beliau iaitu
NASH ARCHERY





APAKAH RAHSIA DI DALAM TEKNIK BELIAU?

"Memanah itu cermin kepada diri, Bukan kamu yang menghantar panah itu"

Ayat ini sering beliau gunakan dan telah dipahat jelas di batu yang berada di lapang sasar Nash Archery. Pada awalnya mungkin ramai tidak memahami ayat itu. Tapi beliau telah buktikan bahawa otak manusia akan memberi respon yang unik jika kita tidak mahu apa-apa.


"Panah je! Jangan fikir apa-apa! Memang kena"

First time pihak kami belajar dari beliau, Memang kami diajar basic archery. Tapi selepas semua itu diajar beliau akan menyuruh jangan sesekali fokus pada sasaran. Aneh bukankah sukan ni memerlukan fokus?

PAP!
Kami sangat terkejut apabila sasaran kami yang tidak pernah kami tuju, tidak pernah fokus tepat mengenai sasaran. Mengapa ini terjadi?



"Semasa memanah, Apakah niat kita? Nak kena sasaran? Nak menunjuk? Nak Menang? Nak tunjuk hebat? Jika ada satu detik riak atau benda negatif di dalam hati. Panah itu pasti lari"


Pihak kami kagum dengan teknik beliau. Rupa-rupanya sukan ini memerlukan permainan mental. Alhamdulillah ilmu baru yang kami dapat. Jika anda berminat untuk belajar dengan beliau boleh hubungi nombor dibawah.